Monday, January 2, 2012

my trip to cameron highland


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
the first thing that pop-up to your head when u see strawberries is CAMERON HIGHLAND right..? it is a synonym between strawberry and cameron highland.. that's why my first picture is a picture of strawberries.. so that u can guess the next story would be about cameron highland...


beberapa bulan yg lepas (30 sept 2011) aku g cameron highland ngn kete sendri.. mmg terkejut gk tgk jln nk ke cameron tu... sgt berliku dan memual kn.. aku pn hmpir muntah.. membayang kn nye semula pn leh wat aku mual.. haha.. nasib baik la time tu aku yg drive.. kalo x, sure dh kuar dh segala isi perut... smpai sana jer, mmg dh terasa penat.. mujur la g ngn kwn2 kn.. kalo g rombongan, mesti x leh nk wat xtvt sndri.. beberapa jam smpai sana x terasa lg kesejukkan cameron.. mlm tu ktorg dh mula mengigil.. sume stok pkai sweater jer.. even dlm umah.. rs susah gler nk mandi sbb kebekuan.. haha..


sepanjang tiga hari d sana, mmg best.. tenang jer aku rs.. ari kedua aku dan kengkawan g jln2.. pemburuan strawberi pn bermula.. kt cameron la kata kn.. nk cr per lg kalo bkn strawberi kn..? haha...



pas g cr strawberi, kami g ladang BOH.. yg ni lg seram jln nyer.. kecik gler dan sering bertembung ngn kenderaan besar like bus and truck.. masa drive kt cni, terbang nyawa aku separuh.. smpai jer kt sna, aku cm dh x larat.. longgar lutut aku.. sbb masih kecut perut...

atas ni gmbr yg wajib de kalo g ladang BOH.. even kalo filem2 wat pengambaran pn, mesti tunjuk scene ni... dh mcm trademark ladang BOH la plak.. tp mmg best pn mkn kt cni.. ngn udara sejuk nyer.. pemandangan lawa nyer... mmg best..


posing kt signboard BOH sebagai bukti kehadiran.. haha... dan kt bwh ni, posing kt d sebalik pokok teh... mmg menghijau kt sana.. best btul..


ktorg x lps kn peluang tuk g kilang memproses teh BOH... nk gk tgk cmner diaorg wat teh kn.. slama ni yg aku tau, diaorg kering kn teh and pastu kisar tuk jd kn teh.. tp mmg pengalaman yg bermakna la g ladang teh ni...


ari ke tiga d sana sblum blk, ktorg singgah taman lebah, taman bunga dan taman rama2.. mmg sronok aku snap gmbr2 kt sana.. de antara gmbr yg aku mik tu, aku mmg suka... ni antara gmbr nyer...

i don't really realize that i love rose that much, until i take the pictures and its turn out that rose is the most loveliest flowers ever...

pas g taman bunga, ktorg g plak aman rama2.. indah sungguh ciptaan Allah... Subhanallah...


this is such a lovely memories yg mmg x kn dpt aku lupa kn.. dh la first skali sbb ni la first time aku ke cameraon highland.. dh la tu, first time lak aku drive kt tmpt yg mencabar.. dan yg plg best, mmg tenang sgt kt sana.. really wish can go there again...

Thursday, December 22, 2011

Transformers : Dark of The Moon

bila tgk cite transformers, mesti teruja.. bkn shj sbb jln cerita nyer, tp juga sbb effects yg d gunakan dlm pembuatan movie ni... how can people imagine a robot this big living among the human... i should give a credit to whoever yg berjaya mencipta transformers.. kalo dlu, masa kecik, suka gk la tgk transformers cartoon, tp bler dh de the movie, dh x lyn lak cartoon nyer.. haha..










optimus prime.. the leader of the pack.. mmg cool.. tp kalo tgk dr dekat, x de la smart mne.. tp best tgk dia nyer act as a leader.. cool jer tangani masalah... lgpn suara dia plg best dlm bnyk2 character.. huhu.. ;p

cooperate with the human.. heran, tah per yg human bg smpai nk bela sgt human race.. walhal kalo diorg nk attack, kejap jer sume org leh mati.. haha..

aksi bumblebee gaduh.. cool.. antara aksi yg aku suka.. teruja tgk robot gaduh.. kerajaan USA x marah ker diaorg ni rosak kn bangunan..? haha..






bler dh nk kalah, br nk beg for mercy.. same old song...





ni lain-lain screen shots dari cite transformers : dark of The Moon..











but personally, aku lbh suka transformers yg first.. teringat masa tgk transformer yg first tu kt wayang... kalo cite yg sound best cmni mmg berbaloi g tgk wayang... tu sbb kalo nk tgk cite cmni kne pasang sub woofer.. br masyuk~~~~ hehehe...

Tuesday, December 21, 2010

GILAKAH DIA..???

Pukul sebelas pagi, lebih kurang begitulah kedua jarum yang terlekat pada jam dinding di dalam bilik menunjukkan waktu pada pada pandangan aku sekarang. Sekurang-kurangnya aku masih tahu mengira waktu walaupun aku aku ak begitu menghargai waktu kerana ketika ini aku baru bangun tidur.


Tekak aku terasa haus dan perit. Dalam masa yang sama aku perlu sesuatu yang lebih daripada segelas air. Bingkas aku bangun dari katil dan menukar pakaian. Hanya sekadar menyuci muka dan menghayun langkah keluar dari rumah dan menuju ke kedai bagi melunaskan sebuah keinginan.


Sesampai saja aku di kedai yang letaknya di tepi jalan, aku terus memilih makanan sarapan aku inginkan. Walaupun pada dasarnya, hari sudah mula hendak bergerak ke tengahari. Tiba-tiba aku terpandangkan sesuatu. Dalam jarak beberapa meter dari tempat aku berdiri, kelibat seorang lelaki berpakaian compang-camping yang sedang mengira butir-butir pasir di tepi jalan sampai bernyanyi-nyanyi seorang diri menarik minat ku. Lama aku melihat gelagat lelaki itu. Seingat aku, belum pernah lagi aku melihat lelaki itu di kawasan ini. Setelah berfikir-fikir membuat pertimbangan, aku mengorak langkah dan merapati lelaki itu.


“Seronok ke mengira pasir ni bang?” aku menyoal. Lelaki gila itu merenung aku dengan pandangan yang tajam. Membuatkan naluri mengesan bahaya ku bordering member amaran. Takut juga kalau-kalau lelaki gila dihadapan ku mula bertindak liar dan merodok perut ku tanpa member salam mahupun kata-kata pendahuluan. “Wa’alaikumussalam!” jawabnya pendek.


Kedengarannya langsung tak ada kena mengena dengan soalan aku tadi. Tapi aku terasa seperti lelaki itu sedang menyindir aku yang terlupa memberikan salam. Aku menggaru kepala dan mula berasa segan. Rupanya dengan orang gila pun kita mesti beri salam ye? Aku pun baru saja tahu. Lelaki itu bercakap-cakap dengan kakinya sendiri sebaik sahaja aku member salam.


“Abang buat apa dekat sini?” aku menyoal lagi setelah yakin lelaki itu tidak kelihatan seperti ingin bertindak ganas. “ Kau dah pergi ke belum?” soal lelaki itu pada aku kembali. Soalan apa ni? Memang sah lelaki ini tidak siuman. Lain ditanya, lain pula jawapannya. Apatah lagi kata-katanya bukan sebuah jawapan tetapi lebih berbentuk soalan. Seronok juga melayan orang seperti ini. Sekurang-kurangnya terhibur sedikit hati aku yang kosong sedari tadi.


“Pergi mana pula?” aku membalas soalannya dengan satu lagi soalan. “Sungai!” jawabnya. Pendek dan mengelirukan. “Nak buat apa pergi sungai?” sekali lagi aku menyoal. “Apa benak sangat kau ni? Pergi sungai dah tentu kena ambil air sembahyang! Waktu Bombay sekarang dah pukul enam belas setengah. Kau tahu tak?” ujar lelaki itu marah-marah. “Pukul enam belas setengah tu pukul berapa?” soal ku. “Aku dah cakap jangan berkawan dengan kelapa parut, tapi kau degil! Kau pun ikut jadi benak macam kelapa parut jugak! Enam belas setengah waktu dua puluh empat jamlah! Lainkali jangan main takraw, nanti kena buasir dekat pinggang!” marah lelaki itu lagi. Aku terkebil-kebil. Memang benar kalau waktu ditukar kepada sistem dua puluh empat jam, pukul empat setengah dipanggil enam belas tiga puluh. Sekali lagi aku menggaru kepala. Betulkah lelaki di depan aku ini tak siuman? Ataupun dia sengaja buat-buat tak siuman?


“Dah lama ke abang jadi macam ni?” aku menyoal kembali. “Aku suka kau tanya aku macam tu. Kaulah orang kedua yang bertanya pada aku macam tu,” lelaki itu tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu aku. Taku juga kalu sevara tiba-tiba dia menikam bahu aku. “Siapa yang nombor satu?” “Israel!” jawabnya ringkas. Ah, sudah! Apa bendanya tiba-tiba sebut Israel pula ni? Memang betul-betul gila! Lagi lama dilayan, lagi banyak merapunya. Aku terasa seperti hendak ketawa tetapi belum pun keluar ledak tawa melalui kerongkong, aku menahannya dengan menelan air liur. Bila difikir-fikirkan balik, rasanya kalau aku ketawakan lelaki itu, mungkin aku akan menjadi tajuk utama akhbar pada esok hari kerana ditikam bertubi-tubi oleh seorang lelaki yang kurang siuman.


“Saya tanya tadi, kenapa abang boleh jadi gila macam ni? Bukannya nak suruh cerita pasal Israel!” ujar ku mula hilang sabar. “Siapa gila?” jerit lelaki itu menengking. Beberapa orang yang lalu lalang terkocoh-kocoh menjauhi lelaki itu. “Kau kata aku gila? Orang lain tak gila?” tambah lelaki itu. “Orang lain tak cakap sorang-sorang macam abang, tak ketawa sorang-sorang macam abang,” aku cuba memperlahankan nada suara untuk menenangkan lelaki itu.


“Aku bercakap dengan diri sendiri! Habis, kau selalu bercakap dengan diri sendiri tu gila jugak ke? Orang jahat kat luar sana tu lagi gila! Yang selalu makan rasuah tu lagi gila!”


“Diaorang makan rasuah sebab nak duit, bukannya gila,”aku membidas. “Habis tu, dah tau rasuah tu haram, masuk neraka, kenapa buat jugak? Orang-orang jahat yang selalu merompak, mencuri, merogol, membunuh, semua tu pun gilalah jugak! Yang suka buang anak, pukul budak sampai mati tu tak gila namanya?”


Aku termenung memikirkan kebenaran kata-kata lelaki tak siuman di depan aku kini. Betul juga katanya. Kita selalu mengatakan bahawa orang gila itu gila, tapi hakikatnya, boleh dikatakan hamper semua orang di dalam dunia ini GILA. Setiap seorang dari mereka termasuk aku sendiri diklasifikasikan gila tersendiri.

Gila itu bahasa kasar. Bahasa halusnya MASALAH JIWA. Cukup jarang kita nampak orang mengaku yang mereka sedang dilanda masalah jiwa. Mereka malu untuk mengaku bahawa mereka saki jiwa atau pun mudah digelar gila. Memang benarlah kata orang yang berpengalaman, gila ini ada macam-macam.


SIAPAKAH GILA..?? ORANG GILA, ATAUPUN KITA SEMUA..??

abstract from : majalah APO?